Friday, January 25, 2013

KURSUS ASAS PERUBATAN ISLAM KOMPLIMENTARI SUFI SIRI 19 DAN 20

ASSALAMUALAIKUM WR.WB.

PUSAT PERUBATAN AN NASIHAH DENGAN KERJASAMA ICMAS (Institut of Complementary Medicine and Sufism) akan mengadakan kursus Perubatan peringkat Asas dan Menengah seperti berikut:

TARIKH:     1)    10-11 Februari 2013 (SABTU-AHAD)- Tahun Baru Cina - 
                                                                                              DI SUNGAI PETANI,  KEDAH.
                                                                                                                               


                     2)      23-24 Mac 2013   (SABTU DAN AHAD)-  Cuti Sekolah - 
                                                                                                     DI KUALA LUMPUR



Sebahagian Peserta Khusyuk menghayati penerangan



 GAMBAR PESERTA KURSUS SIRI 16 BERSAMA DATUK DR NASHUHA

 
Pusat Rawatan An Nasihah  telah memulakan operasi sejak Oktober 2000 menghubungkan beberapa kaedah rawatan seperti:-

  •  KAEDAH RAWATAN ISLAM   ( SUFI ), 
  •  KAEDAH PHYTOBIOFIZIK ( APPLIED KINESIOLOGI , IRIDOLOGY ),  
  •  KAEDAH PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU
  •  KAEDAH PERUBATAN HOMEOPATI

Perubatan yang bersifat komplimentari  dan bersepadu ini meliputi rawatan terhadap pelbagai  jenis penyakit jasad ,  penyakit spiritual, mental dan emosional. Lalu ia di jenamakan dengan Perubatan Komplimentari Sufi Melayu di bawah pimpinan Datuk Dr Mohd Nashuha Jamidin sebagai Pengasas dan Pelopornya, yang sekaligus menjadi Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Komplimentari Sufi Melayu Malaysia (KSUMMA).

Kelebihan Pusat Rawatan An Nasihah:

  • Membuat diagnosa tentang penyakit dengan tepat, mesra dan  cepat meliputi penyakit spiritual, mental, emosional dan fizikal secara saintifik dan Islamik.
  • Aspek psikologi pesakit diberi keutamaan ( pendekatan yang memuaskan ).
  • Membuktikan bahawa pakar perubatan mampu mengesan penyakit tanpa diberitahu.
  • Menggunakan ubat-ubatan yang berunsurkan bahan-bahan semulajadi seperti Herba, Bunga dan Remedi Homeopati yang terjamin suci tanpa was-was dan halal.
  • Menyediakan sessi kaunseling untuk para pesakit, remaja, ibubapa dan masalah  rumahtangga.
  • Menyediakan terapi warna peribadi untuk pelajar dan semua lapisan umur.
  • Menyediakan perkhidmatan Akubekam dan akupresure (accupressure) untuk pesakit
  • Bayaran yang berpatutan & boleh dirundingkan.

Tempat  :   1.       Pusat Rawatan An Nasihah,                         
                             No. 1683-A, KG CHE BEMA,                               
                             SG LAYAR,                                                             
                             08000 Sg. Petani, Kedah                                         
                           
                                        DAN

                     2.    AU3/31, NO 41,       
                            JALAN ULU KELANG,
                            MUKIM AMPANG,
                            SELANGOR. 
                           (CAWANGAN)


Tempoh Kursus :Dua Hari.
Yuran Kursus     :RM 1500.00

ANDA YANG BERMINAT SILA DAFTAR SEGERA. TEMPAT TERHAD.
 HUBUNGI  TEL: 013-4772232   atau email nashuha1959@yahoo.com.my

Saturday, April 7, 2012

SEBUAH LAGI CAWANGAN PUSAT PERUBATAN AN NASIHAH DI BUKA DI KUALA LUMPUR....KHUSUS UNTUK MEMBERI KHIDMAT RAWATAN KEPADA SDARA/SDRI DARI KUALA LUMPUR DAN NEGERI2 DI SELATAN TANAH AIR

                           MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM KOMPLIMENTARI SUFI

Alhamdulillah, segala puji -pujian hanya untuk Allah atas segala rahmat, nikmat dan limpah kurniaNya,
Pusat Perubatan An Nasihah  maju selangkah lagi ke hadapan dalam usaha memartabatkan perubatan yang bersifat 'BERSEPADU' (intergrated) menggabungkan 4 jenis disiplin perubatan terhebat iaitu Perubatan Islam,  Homeopati,  'Phytobiophysics' dan Tradisional Melayu dengan terbukanya cawangan terbaru di KERAMAT.    Alamat:

                                    No. 41, Jalan  AU 3/31,
                                    Mukim Ampang, Ulu Kelang,
                                    54200 KUALA LUMPUR
                                   
                                    TEL: 017-4202863

Dengan terbukanya cawangan di Kuala Lumpur, diharapkan ia dapat memberi khidmat kepada saudar/saudari yang tinggal di zon tengah dan selatan tanah air. Mudah mudahan ia dapat memberi alternatif kepada mereka yang ingin membuat pilihan tepat bersesuaian dengan penyakit dan masalah kesihatan yang di hadapi.
KITA SELAKU HAMBA MESTI TERUS BERUSAHA DAN BERIKHTIAR SERTA JANGAN BERPUTUS ASA BILA DI BERI UJIAN  oleh Allah s.w.t.  Setelah berikhtiar dengan sungguh-ungguh, barulah kita berdoa dan bertawakkal menyerahkan  natijah nya kepada Allah azza wajalla.

Saturday, March 10, 2012

PERUBATAN AN NASIHAH MELANGKAH TAHUN KEDUA BELAS MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM & SAINTIFIK





 Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman

                                               PUSAT PERUBATAN AN NASIHAH
Melangkah ke usia 12 tahun Pusat perubatan ini banyak membantu dan menyelesaikan masalah insan-insan yang menderita pelbagai penyakit sama ada mental, fizikal, rohani dan juga emosi,  Terletak di lokasi yang tenang, hening dan damai ini sudah cukup mengubat jiwa yang kusut dan serabut. Kehijauan pelbagai flora sekitar pusat perubatan ini amat perlu dan menjanjikan aura yang terbaik untuk kesejahteraan jiwa raga.

KELEBIHAN JIKA ANDA MELAKUKAN RAWATAN DISINI:


  •  Sesuai dengan namanya, selain ubat-ubatan (Homeopati dan natural herbs) disamping gelombang serta aura syifa' dan terapi bunga, sessi kaunseling/ nasihat dan terapi psikologi menjadi ramuan utama dalam membantu penyembuhan penyakit setiap pesakit. 
  • Diagnosa yang tepat menggunakan kepakaran pelbagai kaedah seperti  kaedah Iridologi, Refleksologi, Applied Kinesiology,  Telepati, serta  Meragasukma cara Sufi memudahkan para pesakit mengetahui dengan jelas jenis , simptom dan tahap keseriusan penyakit dihidapi. 
  • Setelah kesemua jenis,  punca, simptom dan tahap penyakit dikesan oleh pakar (Doktor), pesakit akan diberi penerangan untuk memilih atau terus dirawat mengikut kaedah-kaedah yang paling berkesan dan bertepatan dengan penyakit yang dihidapinya.
  • Jika sekiranya pesakit mengalami gangguan spiritual seperti gangguan makhluk halus, sihir dan sebagainya termasuk SAKA, ia akan diselesaikan dahulu sebelum rawatan seterusnya dilakukan.
  • Perubatan ini TIDAK sama sekali menggunakan unsur atau agen ketiga seperti khadam, jin atau sebarang bentuk khurafat dan syirik yang diharamkan dalam Islam dan tradisi perubatan  an Nasihah.
  • Kesembuhan pesakit adalah dengan izin dan kuasa Allah s.w,t, pakar perubatan hanya berikhtiar dengan teknik yang Islamik dan Saintifik.
  • Semua jenis penyakit dirawat di Pusat Perubatan ini.

  • KURSUS PERUBATAN JUGA DIADAKAN SETIAP HUJUNG BULAN BAGI MEREKA YANG BERMINAT DALAM BIDANG PERUBATAN ISLAM KOMPLIMENTARI SUFI.

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA
MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM