Tuesday, December 29, 2015

MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA DALAM SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA DI UNIVERSITI MALAYA

                       GAMBAR SEBAHAGIAN AHLI PANEL SEMINAR BERSAMA
                        PARA PESERTA SEMINAR

                       BERSAMA-SAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN 
                         UST SARHAN , PROF DR HARON DIN DAN HJ LOKMAN

Seminar telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Disember 2012 di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur bertemakan “Ke Arah Memartabatkan dan Melestarikan Pengubatan Islam Sepanjang Hayat”. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).
Program yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri yang juga penaung GAPPIMA iaitu YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi. Manakala ucap utama telah disampaikan oleh YBhg Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
SIDANG PEMBENTANGAN
Seramai 14 orang  pengamal pengubatan Islam telah mengambil bahagian dalam sidang pembentangan kertas kerja. Pembentang telah membentang kertas kerja berdasarkan tajuk-tajuk khusus. Berikut adalah nama pembentang  dan tajuk pembentangannya.
Pembentang 1: Dato’ Dr. Abdullah Abu Bakar: Etika dan Prosedur Rawatan: Sejauh Manakah Perawat Islam Mematuhinya?
Pembentang 2: Dr Hj Jahid Hj Sidek: Rawatan Bedah Batin dan Perspektif Islam Mengenainya
Pembentang 3: Ustaz Arif Rahman Hakim: Ruqyah Syar`iyyah di Indonesia: Sejarah Amalan dan Tantangan
Pembentang 4: Ustaz  Hj Abd Rajak Hj Md Dali: Darusysyifa’ Warrafahah: Ke arah Menguasai Semula Pengubatan Islam di Brunei Darussalam
Pembentang 5: Ustaz Sharhan Shafie: Rawatan Islam ke atas Penyakit Rohani dan Fizikal  Tahap Kronik: Kenapa Masih Tak Sembuh?
Pembentang 6: Datuk Dr Nashuha Bin Jamidin: Ke Arah Mengharmonikan Pengubatan Tradisional Melayu dan Pengubatan Islam di Nusantara
Pembentang 7: Ustaz Mohd Azmal Mohd Noor: Rawatan Islam Untuk Pemulihan Penagih Dadah
Pembentang 8: Ustaz Mohd Suhaimi Rozali: Sihir dan implikasinya terhadap kehidupan ummah
Pembentang 9: Ustaz Ali Hassan Mohd Said: Menyelusuri Amalam Perubatan Tradisional di Brunei : Penggunaan Jantang dan Ambok Sagubang
Pembentang 10: Ustazah Sakinah Bt. Saptu: Ruqyah Syar`iyyah di Singapura: Satu Sorotan
Pembentang 11: Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar: Rang undang-undang Pengubatan Tradisional Dan Alternatif Di Malaysia: Masalah Dan Cabaran Pelaksanaan
Pembentang 12: Dato’ Ismail Kamus (Tidak dapat hadir – Pembentangan digantikan oleh Ust Abd Manaf Jusoh – Pengerusi Darussalam): Ruqyah Syar`iyyah di Malaysia: Sejarah dan Perkembangannya
Pembentang 13: Dr. Nurmawati Syakroni: Penghasilan Produk Ubatan dan Makanan Kesihatan Bersumberkan Herba: Sorotan Pengalaman  Pengusaha
Pembentang 14: Ustaz Mohd Fauzi Mustafa: Peranan dan Tanggungjawab GAPPIMA
RESOLUSI KONGRES
Kongres Pengubatan Islam Nusantara 2012 yang bertemakan Ke Arah Memartabatkan dan Melestarikan Pengubatan Islam Sepanjang Hayat di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 1 dan 2 Disember 2012 anjuran bersama Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia Darussyifa’, Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berdasarkan kertas kerja-kertas kerja yang dibentangkan telah bersetuju untuk mengeluarkan resolusi-resolusi berikut:-
1. Ruqyah Syar’iyyah daripada Al-Quran dan As-Sunnah memiliki kehebatan tersendiri yang tiada tandingan dari segi keberkesanannya dengan syarat perawat memiliki keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah serta memiliki keilmuan dengan ilmu rawatan Islam dengan sumber ambilan yang sah dan tahu membezakan antara yang hak dan yang batil.
2. Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah memiliki akidah yang betul, keikhlasan yang jitu, berakhlak mulia, memahami keadaan pesakit, beretika apabila merawat pesakit berlainan gender, pengurusan masa yang berkualiti, pemeriksaan dengan cara berhemah dan memiliki sifat mahmudah seperti kesabaran, keyakinan doa dimakbulkan, tawadu’ dan kasihan belas kepada pesakit.
3. Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah beriktikad bahawa kesembuhan datang daripada Allah dan bukannya daripada kemampuan pengamal. Tugas pengamal hanyalah berdoa dan memotivasi pesakit sebagai satu kaedah usaha dan ikhtiar.
4. Pengamal pengubatan Islam hendaklah memastikan bahawa amalan pengubatan Islam yang dipraktikkannya bebas daripada unsur-unsur batil yang biasa diamalkan dalam perbomohan yang terpesong daripada Syariat Islam seperti penggunaan ‘khidmat syaitan’, tangkal azimat, jampi serapah yang tidak Syar’ie, dakwaan mengetahui perkara ghaib, menilik, meramal penyakit, penggunaan bahan yang jelas haram  seperti darah, hempedu, daging binatang yang diharamkan dan rajah-rajah pelindung sihir.
5. Penggunaan ubat-ubatan hospital dan pembedahan adalah termasuk dalam pengubatan Islam berdasarkan isyarat hadith Nabi SAW yang menggesa berubat dengan menggunakan madu dan berbekam.
6. Pihak berkuasa perlu segera menyekat amalan-amalan dalam pengubatan Islam yang didapati bercanggah dengan Syariat dengan mengadakan peruntukan undang-undang yang jelas dan hukuman yang setimpal bagi kesalahan tersebut.
7. Pihak media perlu memaparkan pengetahuan tentang pengubatan Islam yang sebenar bagi memperbetulkan tanggapan salah selama ini terhadap rawatan Islam sehingga menganggap sesiapa sahaja yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran adalah perawat Islam tanpa menyedari ilmu sihir juga ada yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran dengan kaedah yang salah.
8. Pengamal pengubatan Islam hendaklah menunjukkan contoh terbaik dalam amalan mereka dengan mementingkan keikhlasan dalam membantu pesakit, mengutamakan keredhaan Allah dan mencari pahala daripada Allah tanpa meletakkan imbuhan duniawi sebagai matlamat utama dalam pengubatan.
9. Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar daripada tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kadang ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihir khayalan yang menggunakan khidmat jin dan syaitan. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang terkhayal seolah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku.
10. Perawat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti mengetahui dalam badan pesakit ada sejumlah jin dan kemudian menilik ayat-ayat Al-Quran yang kononnya adalah ubat yang sesuai untuk pesakit berdasarkan pencarian secara tilikan maka termasuk dalam kaedah menggunakan khadam ghaib iaitu jin dan syaitan.
11. Kaedah mengalinkan bahan tertentu di atas tubuh pesakit seperti mengalinkan telur di tempat yang sakit kemudian apabila telur itu dipecahkan didapati berbagai objek di dalam telur itu seperti jarum dan rambut atau isi telur itu berubah warna kepada kehitaman atau kemerahan maka ia termasuk kaedah sihir dan pengamalnya dipanggil sebagai Kahin (merawat dengan menggunakan khidmat jin dan syaitan).
12.  Perkara luarbiasa yang menakjubkan dalam rawatan yang berlaku secara berulang-ulang dan boleh diprogramkan daripada awal oleh perawat malah dia pula berbangga kerana perkara luarbiasa itu dianggap sebagai keistimewaan kepadanya maka ia bukannya Karamah atau Maunah tetapi adalah Istidraj atau Sihir. Karamah seseorang perawat dalam bidang pengubatan adalah kurniaan daripada Allah dan ianya berlaku secara mendadak serta tidak boleh diprogramkan (tidak tahu bila akan berlaku dan bagaimana akan berlaku).
13. Kaedah merawat pesakit mangsa sihir dengan menggunakan amalan sihir atau dipanggil dengan istilah An-Nushrah adalah haram hukumnya disisi Jumhur Ulama’. Justeru rawatan terhadap pesakit dengan menggunakan kaedah yang salah hendaklah dihentikan serta-merta. Pengamal pengubatan Islam hendaklah berlapang dada dan menerima pandangan yang betul demi memurnikan pengubatan Islam.
14. Ilmu kebal, ilmu boleh makan kaca, ilmu boleh menghilang ghaib, ilmu boleh terbang, ilmu boleh melihat walaupun mata tertutup, ilmu boleh menilik masa depan seseorang, ilmu boleh menuntut hutang dengan cara yang halus dan ilmu boleh berubah menjadi makhluk yang lain adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.
15. Pengamal pengubatan Islam hendaklah memperkasakan ilmu ini dengan merujuk kepada kitab-kitab pengubatan Islam yang muktabar yang dikarang oleh ulama-ulama yang muktabar, menterjemah kitab-kitab tersebut kepada bahasa Melayu, melakukan penyelidikan dan pengembangan (R&D) terutamanya bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, menulis buku ilmiah tentang pengubatan Islam dan berdakwah kepada masyarakat melalui pengubatan Islam.
16. Penagih dadah boleh dirawat melalui pengubatan Islam dengan menggunakan kaedah Takholli (menghilangkan keserabutan di fikiran penagih), kaedah Tahalli (pengisian dengan aktiviti menyihatkan seperti riadah, makanan dan minuman yang halal, solat fardhu dan sunat, pengajian ilmu fardhu ain, membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar dan bersolawat serta qiyamullail) dan kaedah Tajalli (mengekalkan ketenangan fikiran dan rasa kebesaran Allah dalam jiwa bekas penagih).
17. Islam tidak memisahkan herba daripada ilmu pengubatan Islam sekiranya herba tersebut terbukti memiliki khasiat yang boleh memberi manfaat kepada manusia samada melalui pembuktian saintifik atau pengalaman turun-temurun sebelum ini dengan syarat ianya halal dan selamat digunakan serta beriktikad bahawa Allah yang menyembuhkannya.
18. Mengharmonikan pengubatan tradisional Melayu dan pengubatan Islam supaya ia menjadi warisan budaya bangsa yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
19. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan hendaklah membuka ruang seluas-luasnya kepada Pengubatan Islam untuk mengadakan program Rawatan Islam di universiti dan kolej dan menyediakan pengubatan Islam di semua hospital kerajaan dan swasta kepada pesakit beragama Islam.
20. Perlunya ada sebuah badan yang mengawal disiplin dan etika perawat untuk meningkatkan mutu pengubatan Islam.
21. Seluruh persatuan pengubatan Islam di Malaysia hendaklah bernaung di bawah GAPPIMA untuk memartabatkan dan melestarikan pengubatan Islam sepanjang hayat.
22. Penghargaan kepada Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan yang telah mengiktiraf pengubatan Islam dengan wujudnya Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari yang telah memasukkan rawatan Islam sebahagian daripadanya pada tahun 2012.
Resolusi ini disediakan Oleh: Mohd Fauzi Mustaffa, Presiden GAPPIMA pada 2-Disember-2012.

Sunday, April 19, 2015

KANSER DAN KETUMBUHAN PAYU DARA , PENYAKIT YANG BOLEH SEMBUH - DR NASHUHA 013-4772232


Pengalaman selama 15 tahun sebagai pengamal perubatan, membuatkan saya berani membuat kesimpulan bahawa kaedah perubatan Islam Komplimentari Sufi mampu dengan izin Allah s.w.t menangani penyakit ini dengan santun dan berhasil dalam usaha penyembuhannya.

MARI KITA KENALI  APA ITU KANSER DAN  KETUMBUHAN 
KANSER atau BARAH DAN KETUMBUHAN (TUMOR) merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Dalam keadaan lumrah serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).

Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.





Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.

Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.



Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?

Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling). Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko.

Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung. Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza.

Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara. Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.

Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.



Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan di hampir semua pelosok dunia. Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara, sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika.

Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat. Pada tahun 2000, terdapat 1,050,346 kes dilaporkan dengan 372,969 kematian akibat kanser payudara di seluruh dunia.

Insiden in mempunyai julat purata daripada 95 bagi setiap 100,000 di negara maju dan 20 bagi 100,000 di negara membangun. Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, sifat revolusi reproduktif seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden juga bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat (AMERIKA SYARIKAT).

Insiden kanser (bilangan kes kanser baru) semakin meningkat. Statistik bagi fenomena ini lebih menakutkan di negara seperti Amerika Syarikat dengan 184,000 kes baru kanser payu dara di kenal pasti setiap tahun. Institut Kanser Kebangsaan menganggarkan bahawa menjelang umur 50 tahun, satu daripada setiap 50 wanita akan menghidap kanser payudara. Menjelang umur 80 tahun, bilangan ini meningkat kepada 1 daripada setiap sepuluh orang.

Jika risiko insiden ini dikira sepanjang hayat seorang wanita, maka satu daripada setiap 8 wanita akan menghidapi kanser payudara. Satu daripada setiap 28 akan mati akibat penyakit ini. Satu daripada setiap 3000 akan menghidap kanser payudara semasa mereka hamil dan wanita hamil lebih cenderung menghidap penghidap penyakit ini dalam lingkungan umur 30-an. (Hanya 2% daripada kanser payudara didiagnosis di kalangan wanita hamil.)
Statistik:
  • Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara (AMERIKA SYARIKAT)
  • Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara(AMERIKA SYARIKAT)
  • Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara (UK)Di negara dengan kadarnya rendah setakat ini, terutamanya di Asia, kadar peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti).

Kanser Payudara di Malaysia – Fakta
  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
    Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
  • Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  • Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.
  • Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia. Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.    
 Rawatan Alternatif bagi Barah Payudara  
Kami menawarkan kaedah rawatan Alternatif bagi barah payu dara yang diperturunkan dari warisan perubatan herba bersumberkan tumbuhan alam semula jadi bersama dengan Penggunaan Ayat Alqur'an dan zikir serta doa tertentu. Pembedahan secara Imagery atau Makrifat juga dilakukan..  Antara Tumbuhan dan Herba yang di gunakan  ialah seperti, buah Jeruju, Durian Belanda, Biji Aprikot, Sarang Semut dan berbagai lagi herba mengikut tahap dan jenis penyakit barah tersebut...

SILA DAPATKAN MAKLUMAT DAN NASIHAT  LANJUT DAN RAWATAN DARI PUSAT PERUBATAN AN NASIHAH Tel.: 013-4772232.... YAKINLAH ..SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA KECUALI TUA DAN MAUT.


                                                                                                                                                                

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA
MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM