Saturday, March 10, 2012

PERUBATAN AN NASIHAH MELANGKAH TAHUN KEDUA BELAS MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM & SAINTIFIK





 Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman

                                               PUSAT PERUBATAN AN NASIHAH
Melangkah ke usia 12 tahun Pusat perubatan ini banyak membantu dan menyelesaikan masalah insan-insan yang menderita pelbagai penyakit sama ada mental, fizikal, rohani dan juga emosi,  Terletak di lokasi yang tenang, hening dan damai ini sudah cukup mengubat jiwa yang kusut dan serabut. Kehijauan pelbagai flora sekitar pusat perubatan ini amat perlu dan menjanjikan aura yang terbaik untuk kesejahteraan jiwa raga.

KELEBIHAN JIKA ANDA MELAKUKAN RAWATAN DISINI:


  •  Sesuai dengan namanya, selain ubat-ubatan (Homeopati dan natural herbs) disamping gelombang serta aura syifa' dan terapi bunga, sessi kaunseling/ nasihat dan terapi psikologi menjadi ramuan utama dalam membantu penyembuhan penyakit setiap pesakit. 
  • Diagnosa yang tepat menggunakan kepakaran pelbagai kaedah seperti  kaedah Iridologi, Refleksologi, Applied Kinesiology,  Telepati, serta  Meragasukma cara Sufi memudahkan para pesakit mengetahui dengan jelas jenis , simptom dan tahap keseriusan penyakit dihidapi. 
  • Setelah kesemua jenis,  punca, simptom dan tahap penyakit dikesan oleh pakar (Doktor), pesakit akan diberi penerangan untuk memilih atau terus dirawat mengikut kaedah-kaedah yang paling berkesan dan bertepatan dengan penyakit yang dihidapinya.
  • Jika sekiranya pesakit mengalami gangguan spiritual seperti gangguan makhluk halus, sihir dan sebagainya termasuk SAKA, ia akan diselesaikan dahulu sebelum rawatan seterusnya dilakukan.
  • Perubatan ini TIDAK sama sekali menggunakan unsur atau agen ketiga seperti khadam, jin atau sebarang bentuk khurafat dan syirik yang diharamkan dalam Islam dan tradisi perubatan  an Nasihah.
  • Kesembuhan pesakit adalah dengan izin dan kuasa Allah s.w,t, pakar perubatan hanya berikhtiar dengan teknik yang Islamik dan Saintifik.
  • Semua jenis penyakit dirawat di Pusat Perubatan ini.

  • KURSUS PERUBATAN JUGA DIADAKAN SETIAP HUJUNG BULAN BAGI MEREKA YANG BERMINAT DALAM BIDANG PERUBATAN ISLAM KOMPLIMENTARI SUFI.

5 comments:

  1. Salam..saya dah sertai team an-Nasihah dan amat komited dgn program2 dan aktivitinya. Antara yang paling ‘best’ bertugas sebagai pembantu Datuk Dr. Nashuha selama lebih sebulan. Satu pengalaman yang amat bernilai yang tidak dapat saya terjemahkan dengan kata2. Pesakit yang datang ke klinik boleh dikatakan semuanya kronik. Alhamdulillah semuanya ditangani dengan baik dan kebanyakannya sudah sembuh dan meneruskan kehidupan harian mereka. Gabungan teknik rawatan tradidisonal dan moden itulah kelebihan perubatan An-Nasihah di samping teknik scan yang tepat dan cepat. Itu hanyalah sekelumit pengalaman dan saya pasti masih banyak yang belum saya terokai. Saya telah merasainya, anda bila lagi…

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya dapati perubatan di Pusat perubatan ini sungguh unik dan amat berkesan. Nampak tenang , damai dan logik. perlu dikembangkan dan dimartabatkan lagi. Satu pilihan tepat bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan secara semulajadi, memenuhi fitrah dan Islamik

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Alhamdulillah, setelah merayau di internet ni , dapat jumpa laman perubatan AnNasihah. Saya nak mengubati anak (31T) yang menghadapi masaalah kesihatan. Pernah menghadapi gangguan 2-3 tahun lalu dan kini , di diagnose sakit slip disc. Baru kembali kerja 2 hari selepas cuti sakit dua bulan, terpaksa masuk hospital pula, apabila kedua-dua kaki lemah dan berat tak boleh berjalan.
    Soalan saya:
    1) Mestikah saya tunggu dia boleh berjalan dan keluar hospital baru boleh berubat di pusat rawatan An Nasihah?
    2) Persediaan semasa pergi ke pusat rawatan?
    3) Perlu temujanji atau datang terus?
    4) Anggaran caj perlu di sediakan ,jika terus dengan rawatan.

    ReplyDelete
  5. w.salam.

    sdra perlu buat temujanji sebelum datang ke Pusat Rawatan ini. segalanya akan didiagnos dan dirungkai secara terperinci.

    ReplyDelete

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA
MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM