Tuesday, November 14, 2017

Antara pelbagai jenis madu Lebah Kelulut keluaran Pusat Rawatan An Nasihah

Antara pelbagai jenis madu Lebah Kelulut keluaran Pusat Rawatan An Nasiha yang dihasilkan dari ternakan saya. Pelbagai warna mengikut jenis bunga yang menjadi pilihan lebah. (Kelanceng)
Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Thursday, September 14, 2017

PERKEMBANGAN TERKINI PUSAT RAWATAN AN NASIHAH DALAM MELEBARKAN SAYAP SE NUSANTARA DAN MEMARTABATKAN PERUBATAN KOMPLEMENTERI SUFI

ASSALAMUALAIKUM WR.WB

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, setelah agak lama tidak menulis input di blog ini, hari ini ada kesempatan kelapangan masa. Sebelum ini agak sebuk menulis di Face Book dan juga mengendalikan 3 cabang Pusat Rawatan di Sungai Petani, di Kuala Lumpur dan yang terbaru di Johor Bharu.

Kesibukan juga disebabkan sering berkunjung ke negara Jiran dalam mengembangkan lagi cawangan dan mempromosikan Perubatan Komplementeri sufi ini ke Indonesia yang memberi sambutan dan galakan yang amat menggalakkan dengan bantuan teman karib saya iaitu Al fadhil Ustaz Widodo Abidarda dari Universiti islam negeri sunan Gunung Jati Bandung.

Pertemuan itu telah membuahkan banyak peluang dan luang bekerjasama dengan Nahdatul Ulama' dan pondok pondok Pesantren dalam usaha memperkembangkan ilmu Perubatan ini kepada mahasiswa dan pak Kiyai serta para Santri.

Satu MOU dan persefahaman telah di tndatangani untuk bekerjasama dengan Fakulti Tasawuf dan Psikoterapi UIN Bandung dalam perkara pengkaderan dan bertukar kepakaran perubatan.

SEMOGA SEMUA LANGKAH DAN USAHA MENDAPAT BERKAT DAN REDHA ALLAH SWT, AAMINN.

Saturday, January 14, 2017

PUISI BUAT PARA PASIENKU, SAUDARA-SAUDARAKU , UMMAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAN SEMUA YANG BUKAN MUSLIM.



 SAKIT DAN KEMATIAN

Jangan kau kesali
Jangan kau tangisi
Kerana penyakit  menguji
Turun naik imanmu petang dan pagi
bagai roda pedati atau pusingan  jarum arlogi

Jangan berkeluh kesah
Jangan hati susah gelisah
Sakit sihat silih berganti  sunatullah
Untuk kita sedari nikmat pemberian Allah
Pahala diraih dosa dihilang petanda Allah Maha Pemurah

Kau menangis ikutkan perasaan
Kerana takut kematian bertandang
Ketika nikmat hidup sedang ditatang
Usia muda masa depan sedang dirancang
Amal ibadah dirasa masih tunggang langgang

Aku berpesan
Penyakit dan kematian
Semua urusan  kerja Tuhan
Dua bab yang saling berlainan
Ramai pesakit berakhir sihat umurnya panjang
Ramai yang sihat tiba-tiba kematian mengundang

Sakit itu satu ujian
Mati itu suatu kemestian
Sabar dan redha itulah tuntutan
Usaha ikhtiar berubat gigih melawan
Berpantang mati sebelum ajal jadikan pegangan

Bila rezekimu kehabisan
Sudah tertulis di Lauh Mahfuz Tuhan
Tak kira sakit sihat muda tua atau  berpestaan
Datang ajalmu tak dapat kau elakkan
Pasti kau kembali menghadap Tuhan

Nashuha Jamidin Al Pontiani
Pusat Rawatan An Nasihah
14 Januari 2017

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA
MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM