Monday, January 18, 2016

MADU KELULUT : SATU PILIHAN TERHEBAT SEBAGAI UBAT DAN PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT DAN MAKANAN KESIHATAN ABAD 21

MADU KELULUT KELUARAN PUSAT RAWATAN AN NASIHAH BANYAK MEMBATU DALAM RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT


MADU KELULUT KELUARAN PUSAT RAWATAN AN NASIHAH

Antara madu yang terbaik untuk diamalkan adalah madu kelulut kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia
Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.
Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.
“Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.
“Selain itu, pelbagai khasiat lain madu kelulut ini dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di Kluster Integriti Perubatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser.
Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.
Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.
“Madu kelulut berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya

MADU KELULUT PELBAGAI WARNA KELUARAN PUSAT RAWATAN AN NASIHAH
KEPELBAGAIAN WARNA MENUNJUKKAN PELBAGAI JENIS MADU BUNGA YANG DI TUAI OLEH LEBAH KELULUT

“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya.
Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat.

Madu sebagai makanan tambahan menghadapi penyakit  kanser
SEBAIK dikesan menghidap kanser nodus limfa (lymph nodes) tahap tiga pada 2013, Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman mula menjadi ‘penghuni tetap’ di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Zulhilmi,26, sel kanser itu mula dikesan di bahagian perutnya sebelum merebak ke bahagian prostat sehingga terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang sel kanser itu.
Selepas sebulan menjalani pembedahan pada Julai 2013, dia meneruskan rawatan kemoterapi sebanyak 12 pusingan selama hampir setahun sebelum sekali lagi menjalani pembedahan besar pada Jun tahun lalu.
“Sepanjang menjalani rawatan kemoterapi, keadaan saya menjadi semakin teruk apabila kanser itu dikesan berada pada tahap empat dan merebak ke bahagian buah pinggang manakala di bahagian perut saya menjadi lebih serius.
“Ketika pembedahan kali kedua, doktor yang merawat saya maklumkan peluang saya hanya 50-50 dan saya mungkin akan terlantar di atas katil sekurang-kurangnya enam bulan,” kata pekerja swasta tersebut .
Enggan mengalah, dia mendapatkan nasihat doktor mengenai langkah terbaik untuk segera sembuh dan dimaklumkan agar tidak mengambil suplemen berbentuk pil atau cecair kerana akan memburukkan lagi keadaannya.
Namun jelasnya, doktor menyarankan agar dia mengamalkan suplemen tradisional iaitu daun belalai gajah, biji aprikot dan madu.
“Tapi pada masa itu saya hilang selera makan dan daun belalai gajah serta biji aprikot bukanlah pilihan terbaik untuk saya jadi saya mula mengamalkan madu.
“Pada mulanya saya mengamalkan sejenis madu yang berharga RM400 untuk sekilogram namun kerana harganya yang mahal, saya memikirkan alternatif untuk madu yang lebih murah.


PELBAGAI JENIS NEKTAR /MADU DAN SARI BUNGA DALAM MADU KELULUT KELUARAN PUSAT RAWATAN AN NASIHAH


Tambah Zulhilmi, madu kelulut itu sebenarnya dibeli oleh ibu saudaranya yang menghidap diabetes kronik sehingga matanya rabun.
Namun pengambilan madu sebagai makanan tambahan banyak membantu penglihatan yang kembali terang.
Perkara itu mendorong dia semakin bersemangat untuk mencuba madu kelulut dan terbukti ada kesan positif hanya selepas sebulan mengamalkan madu itu.
“Saya mampu kembali bertugas selepas sebulan menjalani pembedahan dan tidak lagi perlu menjalani kemoterapi.
“Syukur kepada Allah saya diperkenalkan dengan produk ini, ia membantu dalam menghadapi masalah penyakit ini saya tidak lagi mengembang,” katanya.

MADU KELULUT KELUARAN PUSAT RAWATAN AN NASIHAH YANG KELIHATAN LAZAT DAN MENGGIURKAN

Tenaga tambahan bantu pendaki
BIARPUN gagal meneruskan misi pendakian Everest pada tahun ini namun ia tidak melemahkan semangat alumni Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Azim Afif Ishak untuk meneruskan misi itu pada tahun hadapan.
Menurut Azim, 26, dia bertanggungjawab sebagai Ketua Pendaki, jurulatih dan juga konsultan dalam Misi Perdana UTM Everest 2015 yang merupakan projek lima tahun universiti itu.
Katanya, sepanjang latihan dan pendakian Everest, mereka diuji dengan dua kali percubaan gagal kerana berhadapan bencana alam iaitu tahun 2014 dan April lalu.
“Bagi meningkatkan stamina di sana, kami menggunakan madu dan pada tahun ini kami menggunakan madu kelulut.
 “Antara keistimewaan madu kelulut ialah tidak beku ketika berada di dalam khemah yang terletak di Everest Base Camp dan memudahkan kami untuk makan madu sekiranya sukar untuk tidur atau batuk,” katanya.
 Tambah Azim, madu kelulut yang dibekalkan dalam bentuk uncang itu juga menjadi pembekal tenaga segera semasa berada di Kem 1 yang terletak 6,100 meter dari aras laut.
Selain itu jelasnya, pengambilan madu kelulut jelas memberi kesan dari segi kesihatan kerana mereka kurang mengalami cirit-birit dan batuk iaitu simptom Kumbu Cough.

 “Syukur Alhamdulillah pada tahun ini kami kurang mengalami batuk selepas mengambil madu kelulut sebagai makanan tambahan.

Ditanya tentang penggunaan madu Kelulut di Pusat Rawatan An Nasihah, Dr Nashuha menjelaskan bahawa bagi beliau , madu kelulut merupakan satu jenis ubat dan makanan kesihatan yang sangat penting dan memberi kesan yang hebat dan menakjubkan untuk manusia Abad ke 21 ini. Ia menjadi antara produk kesihatan paling utama digunakan di Pusat Rawatan ini disamping ubat-ubat lainbagi merawat penyakit kanse, jantung, Diabetes dan lain-lain penyakit kronik abad ini.

SILA DAPATKAN MADU KELULUT YANG TULIN DARI PUSAT RAWATAN AN NASIHAH 013-4772232 ATAU 018-4670572


No comments:

Post a Comment

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA
MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM