MADU KELULUT KELUARAN PUSAT RAWATAN AN NASIHAH BANYAK MEMBATU DALAM RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT
MADU KELULUT KELUARAN PUSAT RAWATAN AN NASIHAH
Antara madu yang terbaik untuk diamalkan adalah madu kelulut
kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik
yang berguna untuk manusia
Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed,
pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih
serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu
lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.
Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga
tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu
penghidap gastrik untuk berpuasa.
“Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan
membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa
rasa letih sepanjang hari.
“Selain itu, pelbagai khasiat lain madu kelulut ini dalam
aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit
menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di Kluster Integriti Perubatan,
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM)
menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam
rawatan
kanser.
Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid
p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan
dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan
pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik
manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan
mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan
pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.
Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap
kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.
“Madu kelulut berupaya membantu mengurangkan sel yang
membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya
MADU KELULUT PELBAGAI WARNA KELUARAN PUSAT RAWATAN AN NASIHAH
KEPELBAGAIAN WARNA MENUNJUKKAN PELBAGAI JENIS MADU BUNGA YANG DI TUAI OLEH LEBAH KELULUT
“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia
dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut berupaya membanteras
pembentukan sel kanser,” ujarnya.
Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat
madu untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser
prostat.
Madu sebagai makanan tambahan menghadapi penyakit
kanser
SEBAIK dikesan menghidap kanser nodus limfa (lymph nodes)
tahap tiga pada 2013, Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman mula menjadi ‘penghuni
tetap’ di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Zulhilmi,26, sel kanser itu mula dikesan di bahagian
perutnya sebelum merebak ke bahagian prostat sehingga terpaksa menjalani
pembedahan bagi membuang sel kanser itu.
Selepas sebulan menjalani pembedahan pada Julai 2013, dia
meneruskan rawatan kemoterapi sebanyak 12 pusingan selama hampir setahun
sebelum sekali lagi menjalani pembedahan besar pada Jun tahun
lalu.
“Sepanjang menjalani rawatan kemoterapi, keadaan saya
menjadi semakin teruk apabila kanser itu dikesan berada pada tahap empat dan
merebak ke bahagian buah pinggang manakala di bahagian perut saya menjadi lebih
serius.
“Ketika pembedahan kali kedua, doktor yang merawat saya
maklumkan peluang saya hanya 50-50 dan saya mungkin akan terlantar di atas
katil sekurang-kurangnya enam bulan,” kata pekerja swasta tersebut .
Enggan mengalah, dia mendapatkan nasihat doktor mengenai
langkah terbaik untuk segera sembuh dan dimaklumkan agar tidak mengambil
suplemen berbentuk pil atau cecair kerana akan memburukkan lagi keadaannya.
Namun jelasnya, doktor menyarankan agar dia mengamalkan
suplemen tradisional iaitu daun belalai gajah, biji aprikot dan madu.
“Tapi pada masa itu saya hilang selera makan dan daun
belalai gajah serta biji aprikot bukanlah pilihan terbaik untuk saya jadi saya
mula mengamalkan madu.
“Pada mulanya saya mengamalkan sejenis madu yang berharga
RM400 untuk sekilogram namun kerana harganya yang mahal, saya memikirkan
alternatif untuk madu yang lebih murah.
PELBAGAI JENIS NEKTAR /MADU DAN SARI BUNGA DALAM MADU KELULUT KELUARAN PUSAT RAWATAN AN NASIHAH
Tambah Zulhilmi, madu kelulut itu sebenarnya dibeli oleh ibu
saudaranya yang menghidap diabetes kronik sehingga matanya rabun.
Namun pengambilan madu sebagai makanan tambahan banyak
membantu penglihatan yang kembali terang.
Perkara itu mendorong dia semakin bersemangat untuk mencuba
madu kelulut dan terbukti ada kesan positif hanya selepas sebulan mengamalkan
madu itu.
“Saya mampu kembali bertugas selepas sebulan menjalani pembedahan
dan tidak lagi perlu menjalani kemoterapi.
“Syukur kepada Allah saya diperkenalkan dengan produk ini,
ia membantu dalam menghadapi masalah penyakit ini saya tidak lagi mengembang,”
katanya.
MADU KELULUT KELUARAN PUSAT RAWATAN AN NASIHAH YANG KELIHATAN LAZAT DAN MENGGIURKAN
Tenaga tambahan bantu pendaki
BIARPUN gagal meneruskan misi pendakian Everest pada tahun
ini namun ia tidak melemahkan semangat alumni Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Azim Afif Ishak untuk meneruskan misi
itu pada tahun hadapan.
Menurut Azim, 26, dia bertanggungjawab sebagai Ketua
Pendaki, jurulatih dan juga konsultan dalam Misi Perdana UTM Everest 2015 yang
merupakan projek lima tahun universiti itu.
Katanya, sepanjang latihan dan pendakian Everest, mereka
diuji dengan dua kali percubaan gagal kerana berhadapan bencana alam iaitu
tahun 2014 dan April lalu.
“Bagi meningkatkan stamina di sana, kami menggunakan madu
dan pada tahun ini kami menggunakan madu kelulut.
“Antara keistimewaan madu kelulut ialah tidak beku
ketika berada di dalam khemah yang terletak di Everest Base Camp dan memudahkan
kami untuk makan madu sekiranya sukar untuk tidur atau batuk,” katanya.
Tambah Azim, madu kelulut yang dibekalkan dalam bentuk
uncang itu juga menjadi pembekal tenaga segera semasa berada di Kem 1 yang
terletak 6,100 meter dari aras laut.
Selain itu jelasnya, pengambilan madu kelulut jelas memberi
kesan dari segi kesihatan kerana mereka kurang mengalami cirit-birit dan batuk
iaitu simptom Kumbu Cough.
“Syukur Alhamdulillah pada tahun ini kami kurang
mengalami batuk selepas mengambil madu kelulut sebagai makanan tambahan.
Ditanya tentang penggunaan madu Kelulut di Pusat Rawatan An Nasihah, Dr Nashuha menjelaskan bahawa bagi beliau , madu kelulut merupakan satu jenis ubat dan makanan kesihatan yang sangat penting dan memberi kesan yang hebat dan menakjubkan untuk manusia Abad ke 21 ini. Ia menjadi antara produk kesihatan paling utama digunakan di Pusat Rawatan ini disamping ubat-ubat lainbagi merawat penyakit kanse, jantung, Diabetes dan lain-lain penyakit kronik abad ini.
SILA DAPATKAN MADU KELULUT YANG TULIN DARI PUSAT RAWATAN AN NASIHAH 013-4772232 ATAU 018-4670572