MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM KOMPLIMENTARI SUFI
Alhamdulillah, segala puji -pujian hanya untuk Allah atas segala rahmat, nikmat dan limpah kurniaNya,
Pusat Perubatan An Nasihah maju selangkah lagi ke hadapan dalam usaha memartabatkan perubatan yang bersifat 'BERSEPADU' (intergrated) menggabungkan 4 jenis disiplin perubatan terhebat iaitu Perubatan Islam, Homeopati, 'Phytobiophysics' dan Tradisional Melayu dengan terbukanya cawangan terbaru di KERAMAT. Alamat:
No. 41, Jalan AU 3/31,
Mukim Ampang, Ulu Kelang,
54200 KUALA LUMPUR
TEL: 017-4202863
Dengan terbukanya cawangan di Kuala Lumpur, diharapkan ia dapat memberi khidmat kepada saudar/saudari yang tinggal di zon tengah dan selatan tanah air. Mudah mudahan ia dapat memberi alternatif kepada mereka yang ingin membuat pilihan tepat bersesuaian dengan penyakit dan masalah kesihatan yang di hadapi.
KITA SELAKU HAMBA MESTI TERUS BERUSAHA DAN BERIKHTIAR SERTA JANGAN BERPUTUS ASA BILA DI BERI UJIAN oleh Allah s.w.t. Setelah berikhtiar dengan sungguh-ungguh, barulah kita berdoa dan bertawakkal menyerahkan natijah nya kepada Allah azza wajalla.
Saturday, April 7, 2012
Saturday, March 10, 2012
PERUBATAN AN NASIHAH MELANGKAH TAHUN KEDUA BELAS MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM & SAINTIFIK
Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman
PUSAT PERUBATAN AN NASIHAH
Melangkah ke usia 12 tahun Pusat perubatan ini banyak membantu dan menyelesaikan masalah insan-insan yang menderita pelbagai penyakit sama ada mental, fizikal, rohani dan juga emosi, Terletak di lokasi yang tenang, hening dan damai ini sudah cukup mengubat jiwa yang kusut dan serabut. Kehijauan pelbagai flora sekitar pusat perubatan ini amat perlu dan menjanjikan aura yang terbaik untuk kesejahteraan jiwa raga.
KELEBIHAN JIKA ANDA MELAKUKAN RAWATAN DISINI:
- Sesuai dengan namanya, selain ubat-ubatan (Homeopati dan natural herbs) disamping gelombang serta aura syifa' dan terapi bunga, sessi kaunseling/ nasihat dan terapi psikologi menjadi ramuan utama dalam membantu penyembuhan penyakit setiap pesakit.
- Diagnosa yang tepat menggunakan kepakaran pelbagai kaedah seperti kaedah Iridologi, Refleksologi, Applied Kinesiology, Telepati, serta Meragasukma cara Sufi memudahkan para pesakit mengetahui dengan jelas jenis , simptom dan tahap keseriusan penyakit dihidapi.
- Setelah kesemua jenis, punca, simptom dan tahap penyakit dikesan oleh pakar (Doktor), pesakit akan diberi penerangan untuk memilih atau terus dirawat mengikut kaedah-kaedah yang paling berkesan dan bertepatan dengan penyakit yang dihidapinya.
- Jika sekiranya pesakit mengalami gangguan spiritual seperti gangguan makhluk halus, sihir dan sebagainya termasuk SAKA, ia akan diselesaikan dahulu sebelum rawatan seterusnya dilakukan.
- Perubatan ini TIDAK sama sekali menggunakan unsur atau agen ketiga seperti khadam, jin atau sebarang bentuk khurafat dan syirik yang diharamkan dalam Islam dan tradisi perubatan an Nasihah.
- Kesembuhan pesakit adalah dengan izin dan kuasa Allah s.w,t, pakar perubatan hanya berikhtiar dengan teknik yang Islamik dan Saintifik.
- Semua jenis penyakit dirawat di Pusat Perubatan ini.
- KURSUS PERUBATAN JUGA DIADAKAN SETIAP HUJUNG BULAN BAGI MEREKA YANG BERMINAT DALAM BIDANG PERUBATAN ISLAM KOMPLIMENTARI SUFI.
Subscribe to:
Posts (Atom)