Saturday, January 14, 2017

PUISI BUAT PARA PASIENKU, SAUDARA-SAUDARAKU , UMMAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAN SEMUA YANG BUKAN MUSLIM.



 SAKIT DAN KEMATIAN

Jangan kau kesali
Jangan kau tangisi
Kerana penyakit  menguji
Turun naik imanmu petang dan pagi
bagai roda pedati atau pusingan  jarum arlogi

Jangan berkeluh kesah
Jangan hati susah gelisah
Sakit sihat silih berganti  sunatullah
Untuk kita sedari nikmat pemberian Allah
Pahala diraih dosa dihilang petanda Allah Maha Pemurah

Kau menangis ikutkan perasaan
Kerana takut kematian bertandang
Ketika nikmat hidup sedang ditatang
Usia muda masa depan sedang dirancang
Amal ibadah dirasa masih tunggang langgang

Aku berpesan
Penyakit dan kematian
Semua urusan  kerja Tuhan
Dua bab yang saling berlainan
Ramai pesakit berakhir sihat umurnya panjang
Ramai yang sihat tiba-tiba kematian mengundang

Sakit itu satu ujian
Mati itu suatu kemestian
Sabar dan redha itulah tuntutan
Usaha ikhtiar berubat gigih melawan
Berpantang mati sebelum ajal jadikan pegangan

Bila rezekimu kehabisan
Sudah tertulis di Lauh Mahfuz Tuhan
Tak kira sakit sihat muda tua atau  berpestaan
Datang ajalmu tak dapat kau elakkan
Pasti kau kembali menghadap Tuhan

Nashuha Jamidin Al Pontiani
Pusat Rawatan An Nasihah
14 Januari 2017

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA
MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM