Adalah di maklumkan bahawa Pusat Rawatan An Nasihah Cawangan Kuala Lumpur telah berpindah ke Premis baru yang lebih selesa dan kemudahan parking yang lebih mudah di Bukit Antarabangsa. Semoga penghijrahan ini memberi manfaat dan mempermudahkan lagi urusan para klien dan Pasien yang datang mendapatkan rawatan. Harap maklum dan tolong sebarkan.
Alhamdulillah, Sejak 14 tahun yang lalu Pusat Rawatan An Nasihah beroperasi lebih 10,000 orang pesakit telah mendapat rawatan dan khidmat nasihat dari Datuk Dr. Mohd. Nashuha bin Jamidin. Dalam kesempatan yang terluang dapat Pusat Rawatan An Nasihah berkongsi sedikit testimoni dan pengalaman dari sebahagian kecil para klien yang budiman yang telah diuji oleh Allah swt dengan musibah dan nikmat penyakit yang berat dan kronik sifatnya. Namun jika ada rezki dan ikhtiar bersungguh2 dengan izin Allah , penyakit apa sekali pun jenis dan keadaan akan sembuh jua...sebab Bila
Allah mentakdirkan sembuh maka sembuhlah ia....." setiap penyakit ada penawarnya".....
Semoga para pesakit yang sama mengalami musibah/nikmat yang sama bolehlah berkongsi pengalaman dan pendekatan pengobatan agar saling dapat membantu antara satu sama lain.
Semoga usaha kecil ini di berkati dan dirahmati Allah dan terhindar dari sebarang bentuk fitnah ...TERIMA KASIH TAK TERHINGGA kepada semua Klien saya yang sudi memberi testimoni dan berkongsi pengalaman dan ujian dengan orang lain...Allah jua yang dapat membalasnya.
A) TESTIMONI PESAKIT KANSER YANG TELAH SEMBUH
SELEPAS MENERIMA RAWATAN DI PUSAT RAWATAN AN NASIHAH
PESAKIT SEDANG MENERIMA PENERANGAN TENTANG PENYAKIT YANG DI HIDAPI DAN MENJALANI SCAN /IMBASAN JENIS DAN KEADAAN PENYAKIT
C). PENGAKUAN DARI SEBAHAGIAN KECIL PESAKIT-PESAKIT TERDAHULU YANG TELAH SEMBUH
1. CIKGU RAMLEE B. MD DESA
Profail Masalah :
Ketumbuhan di bahagian tengah otak
sebesar syiling 50 sen.
Antara Kesannya ialah beliau sering jatuh pengsan, tubuh menggeletar dan hilang keseimbangan badan.
Beliau telah bertemu pakar di hospital konvensional dan pakar menyatakan bahawa pembedahan membawa risiko yang amat tinggi terhadap nyawanya. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk merawat penyakit tersebut dengan kaedah altenatif. Beliau datang ke pusat rawatan An-Nasihah untuk mendapatkan rawatan.
Rawatan : Setelah dilakukan imbasan (scanning) maka dapat ditemukan bahawa penyakit beliau mempunyai kaitan juga dengan masalah spiritual. Rawatan yang pertama adalah menghilangkan gangguan spiritual yang terdapat pada beliau. Kemudian rawatan diteruskan dengan pembedahan makrifat serta laser akbar bersama bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan zikir sufi. Datuk Dr Nashuha juga telah memberikan ramuan tertentu daripada herba-herba untuk mengecutkan dan menghilangkan kesan-kesan tumor otak beliau.
Kesan : Alhamdulillah. Sehingga sekarang beliau dapat menjalani kehidupan yang normal bersama keluarga tanpa sebarang masalah kesihatan yang mempertaruhkan nyawa beliau. Seratus peratus sembuh.
Menghadapi masalah sakit buah pinggang,darah tinggi dan bengkak lutut serta tidak dibenarkan menunaikan haji pada tahun 2010.
Semasa rawatan:
Dr Nashuha telah membuat scan/imbasan dan mendapati bahawa penyakit itu boleh di rawat dan meyakinkan pesakit bahawa beliau boleh sembuh dan dapat menunaikan haji. Rawatan dijalankan melibatkan pembedahan batin/spiritual...dan ubat-ubat yg sesuai di berikan bersama tea Herba Misai Kucing untuk mencuci buah pinggang.
KEPUTUSAN:
Selepas dirawat, nampak ada penyembuhan dan bila sekali lagi di periksa oleh doktor hospital, didapati buah pinggang beliau telah pulih dan alhamdulillah dan dibolehkan pergi menunaikan fardhu haji...Subhanallah!!!... sehingga sekarang beliau sihat dan boleh bertugas seperti biasa..
Rawatan : Hanisah dibawa oleh ibu bapanya ke pusat rawatan An-Nasihah setelah mendapat maklumat daripada seorang kenalan yang pernah mendapatkan rawatan di sini. Kali pertama rawatan amat menyukarkan Datuk Dr Nashuha dan pembantu untuk mengawal kanak-kanak istimewa ini kerana keadaannya yang terlalu aktif ke sana dan ke sini. Dr Nashuha telah mengambil langkah untuk menarik aura hiperaktif kanak-kanak tersebut. Kesan daripadanya, serta merta Hanisah terus menurun darjah keaktifannya. Rawatan diteruskan dengan aura syifa. Hanisah dibekalkan dengan air izzah dan ubatan An-Nasihah sebagai wadah membantu masalah/penyakit yang dihidapinya.
Kesan : Pada sesi ke-2 dan ke-3 rawatan, kelihatan Hanisah telah banyak berubah. Ini diakui sendiri bapanya dan mereka sekeluarga memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa, Alhamdulillah kini beliau telah berubah menjadi anak yg normal.
Profail masalah: Pengamal ilmu persilatan dan berdamping dengan khadam.
Bermula dari umur 13 tahun beliau amat berminat dengan ilmu persilatan dan telah menemui guru salah satu seni silat yang agak terkenal. Guru tersebut mendakwa bahawa amalan ilmu persilatan ini menggunakan khadam iaitu jin Islam. Setelah beberapa tahun beramal beliau meninggalkan amalan tersebut dan akhirnya membawa masalah. Beliau merasakan amat tidak selesa dengan gangguan tersebut. Lebih parah lagi gangguan tersebut apabila beliau mula belajar perubatan Islam dan berguru kepada salah seorang pengamal ilmu perubatan Islam yang agak terkenal di Malaysia. Pertembungan tenaga berlaku dalam tubuh badan beliau sehinggalah bertemu dengan salah seorang perawat Pusat Rawatan An-Nasihah dan beliau di nasihatkan hadir ke klinik untuk menjalani rawatan. Pada Febuari 2011 beliau datang untuk menjalani rawatan.
Rawatan: Bemula dari teknik ‘scanning’ dan hasilnya amat mengejutkan. Jin yang mendiami tubuhnya adalah jin Kafir,bukannya Islam. Langkah kedua teknik kunci dan pukau di gunakan seterusnya Jin itu dibuang dan dipenjarakan. Akhirnya Aura syifa dipancarkan untuk keyakinan diri,dan ketenangan. Kemudian beliau diberikan ubatan An-Nasihah sebagai merawat kembali kesan gangguan pada tubuh.
Kesan: Selepas 2 kali hadir rawatan beliau merasakan tubuh kembali ringan dan aman daripada gangguan. Berbekalkan panduan dan petua yang diberikan Datuk Dr Nashuha beliau kembali normal dan amat berminat untuk belajar ilmu perubtan komplementari dan sufi ini.
selesa dan rasa ketat di bahagian abdomen, dan tidak lalu makan. Tubuh badan menjadi kurus. Waris membawa ke sebuah hospital swasta di Pulau Pinang untuk membuat pemeriksaan. Doktor mengesahkan beliau mempunyai ketumbuhan di perut sebesar bola pingpong. Beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan tetapi Pn Hajra Bai enggan. Akhirnya Pn Hajra dibawa ke klinik rawatan An-Nasihah untuk rawatan penyakitnya.
Rawatan : Aura syifa’, laser akbar, pembedahan batin, urutan refleksologi dan sesi kaunseling.
Kesan: Setelah 2 kali menjalani rawatan selama 2 minggu berturut-turut Pn Hajra Bai kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. Beliau pun dibawa sekali lagi ke hospital untuk di imbas ‘scan’ kembali. Alangkah terkejutnya doktor kerana ketumbuhan yang telah dipastikan wujud tidak ada sama sekali. Subhanallah Maha Hebat Allah. Pn Hajra Bai dan keluarga sangat bersyukur atas anugerah Allah ini alhamdulillah.
Beliau amat yakin dengan perubatan Islam Komplimentari Sufi.
Profail masalah: Bermula pada Julai 2010 semasa sekolah rendah Mimi terkena gangguan spiritual iaitu histeria.
Antara simptom dan tanda-tandanya ialah sering mimpi ngeri saperti bayi hitam, nenek bongkok sakit kepala yang teramat sangat dan lain-lain. Mimi sering marah-marah dan bergaduh dengan adiknya sehingga adiknya merasa sangat takut kepadanya. Kesannya juga ialah pelajarannya merosot dan mimi patah semangat untuk belajar.
Rawatan : Pada hari yang dijanjikan mimi bersama keluarganya hadir ke klinik untuk rawatan. Setelah didiagnose dan memastikan masalahnya datuk Dr. Nashuha mula merawat. Teknik yang pertama ialah mengunci dan memukau makhluk yang bersarang di tubuhnya. Ini adalah supaya mimi tidak bertindak luar kawalan seperti hysteria, mengamuk dan sebagainya. Setelah itu Mimi dibaringkan atas katil untuk rawatan seterusnya dengan menggunakan teknik kedua iaitu mengeluarkan jin dan memenjarakannya ke bumi lapis ke tujuh. Selesai sahaja Mimi dirawat dengan memasukkan aura syifa memulihkan semangat serta memagar tubuh Mimi dari anasir luar yang cuba mengawal Mimi. Akhirnya sesi kaunseling dan nasihat beserta ramuan ubatan An-Nasihah bagi merawat kecederaan dan kesan akibat perbuatan jin tersebut. Satu yang penting yang tidak dilupakan ialah mandi limau selama 3 hari untuk memulihkan kesegaran dan menghilangkan saki baki aura jahat dalam tubuh badannya itu.
Kesan : Setelah rawatan Mimi terasa semakin pulih dan sakit kepalanya hilang. Mimi gembira kerana dia dapat memberikan tumpuan yang mendalam kepada pelajaran. Ibunya Pn. Arison menghubungi staf klinik memaklumkan beliau dan keluarga amat gembira dengan perubahan yang amat ketara itu serta mengucapkan syukur dan terima kasih yang tidak terhingga Alhamdulillah.
Almarhumah telah terlantar semenjak 4 tahun lebih. Semenjak itulah juga sudah ramai pengamal perubatan tradisional cuba merawat penyakitnya yang akhirnya tiada sebarang perubahan positif dan waris hampir putus asa untuk melakukan rawatan.
Rawatan: sebelum setiap rawatan dijalankan sesuatu yang amat penting dilakukan oleh Datuk Dr Nashuha ialah mengimbas (scanning) terhadap jenis penyakit dan yang berkaitan dengannya. Seperti yang dijangkakan Almarhumah ini berhadapan dengan saka yang telah lama menghuni dalam tubuh pesakit. Ada berbagai cerita di sebalik pesakit yang telah terlantar lama ini. Selepas memastikan kawasan tubuh yang menjadi markaz makhluk tersebut. Datuk Dr berkomunikasi dengannya dengan cara batin dan makrifat. Makhluk tersebut enggan keluar akhirnya memaksa Datuk menggunakan kekerasan supaya ia keluar. Menariknya untuk mengeluarkan saka tersebut, bumbung rumah perlu dibuka. Istimewa teknik rawatan an-Nasihah ialah membuka bumbung dengan memakrifatkan atau membayangkan bumbung itu dibuka dan saka tersebut diarahkan keluar. Akirnya teknik memagar pesakit digunakan dan Almarhumah tersebut dibekalkan ubatan an-Nasihah.
Kesan: Seminggu sesudah peristiwa kedatangan kami ke rumah pesakit, dengan Izin Allah Almarhumah tersebut telah selamat menghembuskan nafas terakhir. Waris beliau menarik nafas lega kerana penderitaan Almarhumah tersebut telah berakhir.
ProfailMasalah: Sakit tulang belakang akibat ketumbuhan. Menjalani pembedahan di sebuah hospital pakar.
Profail Masalah – Sakit tulang belakang akibat ketumbuhan. Menjalani pembedahan di hospital sekali. Selepas pembedahan beliau dapat berjalan dan memandu seperti biasa untuk seketika.Tidak berapa lama kemudian kembali lumpuh dari pinggang ke bawah. Setelah temu janji pertama pada 24 disember 2010 beliau datang ke klinik an-Nasihah untuk mendapatkan rawatan. Diagnosa masalah beliau ialah masalah saraf yang dikatakan agak kronik.
Rawatan- Datuk Dr Nashuha telah menjalani pembedahan makrifat, aura, menggunakan mesin gegaran refleksologi, melakukan fisioterapi,kaunseling dan membekalkan ubatan-ubatan homeopathy. dan herba. Selain itu pesakit juga dibekalkan amalan zikir untuk dibuatbagi mengambil tenaga dan fadhilat untuk kesejahteraan.
Kesan – pada akhir rawatan pertama beliau dapat menggerakkan sebahagian jari kaki dan berasa gembira dengan perubahan tersebut. Pada sesi rawatan ke 3 beliau sudah mampu untuk berjalan sendiri walaupun masih perlu berpaut dengan sesuatu. Jika beliau terus beriltizam untuk merawat insyaAllah beliau akan puli sepenuhnya. ========================================================== Perubatan Islam Komplimenteri sufi memang amat releven dan perlu dimartabatkan kerana kesan yang hebat dan di dokong dgn ayat2 Qur'an, doa serta zikrullah disamping ubat ubat yang suci, bersih tanpa was-was. Ia amat bertanggung jawab dan melihat penyakit secara holistik..
KEPADA PARA WANITA YANG INGIN MENGHINDARI PENYAKIT KETUMBUHAN SEPERTI CYST DAN FIBROID, SILA MANFAATKAN MAKLUMAT INI..
MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.
Makanan yang perlu dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen. So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.
evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2.) Ayam. Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.
3.) Ikan keli yang dibela. Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.
4.) KAWAL PEMAKANAN Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.
NOTA TAMBAHAN Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS
Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar > Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll. > Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll. > Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll > Buah-buahan - Nenas & betik > Ubi kayu > Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm sup utk di jadikan miso sup) > Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan
> Daging merah (kambing & lembu) > Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit) > Produk tenusu seperti keju > Ikan haruan > Gamat > Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll. > Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut > Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula) > Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll > Makanan ringan - cip kentang, jajan dll. > Makanan berlemak/ berminyak
FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid ✔ Keputihan ✔ Masalah ketidaksuburan ✔ Kemandulan di kalangan wanita ✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama ✔ Perut kembang ✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina) ✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina ✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat ✔ Kerap letih dan lesu ✔ Sakit lutut dan tumit ✔ Kesejukkan kaki dan tanggan ✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung) ✔ Kerap keguguran ✔ Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut 2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita 3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka
KAEDAH RAWATAN 4 DALAM 1
PENGASAS PUSAT RAWATAN AN NASIHAH, DATUK DR MOHD. NASHUHA JAMIDIN, SETELAH BERUSAHA DAN MELAKUKAN PELBAGAI UJIKAJI DAN MERAWAT RIBUAN PESAKIT PELBAGAI JENIS KANSER DAN KETUMBUHAN SELAMA 13 TAHUN TELAH BERJAYA MERUMUSKAN SATU SET UBAT-UBATAN DARI GABUNGAN HERBA, HOMEOPATII, PENAWAR SYIFA'(ISLAM) DAN KAEDAH TRADISIONAL MELAYU, (4 DALAM 1) BAGI MENANGANI DAN MERAWAT PENYAKIT PEMBUNUH INI DENGAN BERKESAN, SANTUN DAN MESRA BERSOPAN HASILNYA MELEGAKAN....DENGAN IZIN ALLAH. RAWATAN BOLEH DI LAKUKAN DENGAN PILIHAN PESAKIT SAMA ADA:
1. Seratus peratus dirawat di Pusat Rawatan An Nasihah tanpa melakukan rawatan cara lain di tempat lain sehingga sembuh...
2. Boleh dirawat di Pusat Rawatan An Nasihah dan pada masa yang sama sedang menerima rawatan lain (contoh tengah menjalani Kimoterapi di hospital).dan sebagainya.
3. Sudah putus asa dengan kaedah rawatan lain atau enggan meneruskan rawatan cara lain dan bertukar dengan cara rawatan di An Nasihah..
Untuk keterangan dan maklumat lanjut sila hubungi 013-4772232 (Dr. Nashuha)
ANTARA PRODUK YANG DIGUNAKAN DI PUSAT RAWATAN AN NASIHAH DALAM RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT KANSER
SYIVCO -SYIFA' VIRGIN COCONUT OIL
-MINYAK KELAPA DARA SYIFA'
KANSER PAYU DARA SELAIN RAWATAN MENGGUNAKAN KAEDAH LASER, PEMBEDAHAN MAKRIFAT, GELOMBANG KOSMIK DAN UBAT-UBATAN HERBA, ALAMIAH DAN HOMEOPATI PUSAT RAWATAN AN NASIHAH MEMASTIKAN AMALAN MEMBACA AYAT-AYAT DARI SURAH-SURAH TERTENTU DIJADIKAN RUTIN OLEH PESAKIT ATAUWARIS PESAKIT. SILA HUBUNGI PUSAT RAWATAN AN NASIHAH (DATUK DR NASHUHA JAMIDIN) UNTUK PENERANGAN LANJUT DAN MENJALANI RAWATAN DITALIAN 013-4772232
LAPAN surah ini diamalkan dan
dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya
lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami,
ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
Selok-eloknya
sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1.
Istighfar 10x.
2.
Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah
1x.
Sediakan
sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah
dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari
dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan
sembuh semua kekuasaanNya.
1.
Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2.
Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3.
Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).
4.
Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).
6.
Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7.
Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8.
Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Kepada
pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap
penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat
pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang
benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya
MANAFAAT: Manafaat Bismillah 5 ini terlalu banyak, dan secara keseluruhannya boleh menjadi penawar kepada semua jenis penyakit & rasa bisa pada tubuh badan samada yang diketahui puncanya atau pun tidak.
KAIFIAT/CARA: Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, dan baca Bismillah 5 sebanyak 7 kali. Kemudian tiup pada tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup/hembus pula pada air.
Jika tempat sakit itu tak boleh diletakkan tangan, sebab sakit atau payah untuk letakkannnya, boleh letakkan tangan di anggota lain dengan fokus hati yang tinggi dan anggaplah/gambarkan tempat tersebut adalah anggota yang sakit
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
Waktu Maghrib Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh...
Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana
tidak diketahui beriman atau kafir.Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi,
ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat
disingkap pancaindera biasa.
Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain
kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.Penghuni dunia
itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita
malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti
manusia.
“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian,
semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat
Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.
Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk
kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.
“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak
dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak
memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin
tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan
mereka tidak berjasad),” katanya.
Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata,
sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang
bunian.“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah
apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada
perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.
“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan
antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut
menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya
seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.
Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia
alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka
terlalai dan melakukan kejahatan.
“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya
kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini
berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman
Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.
Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi
keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah.
Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa
disedari individu itu.
“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih
suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana
bunian atau jin menumpang di badannya.
“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana
dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya
ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,”
katanya.
Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya
dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian
itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian
jika mereka mempelajari ilmu tertentu.
Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang
terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua
pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang
ketika hari hampir malam.
“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan
ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia
akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin
kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.
“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali
ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,”
katanya.Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam
hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa
sebuah rumah.Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi
disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak
perempuannya.
Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia
tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus
berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama
anak dan isterinya di alam bunian.Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada
tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan.
Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka
bertukar alamat apabila ingin berpisah.
“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan
melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan
alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan
itu.
“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan
masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi
selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang
pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya
digantikan dengan semak belukar,” katanya.
Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk
memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum
perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya
mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.
Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun.
Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis
itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.
Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu
dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui
nasib wanita itu.
FAKTA
- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti
kejadian manusia kembar.
- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat
mereka sebagai khalifah Allah.
- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian
hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka
tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.
- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang
mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.
- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah
kaedah ketukan.
- Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik
seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa
berat selain kesan aneh pada tubuh badan.
- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama
ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.
- Kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib
dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat
taubat dan berdoa.