Monday, October 24, 2011

KURSUS PERUBATAN ISLAM KOMPLIMENTERI SUFI 2012 - REBUT PELUANG KEEMASAN INI!!

PELUANG HANYA DATANG SEKALI!! ATAS PERMINTAAN RAMAI...

Pusat rawatan alternatif telah memulakan operasi sejak oktober 2000 menghubungkan beberapa kaedah rawatan seperti:-

KAEDAH RAWATAN ISLAM ( Sufisme ),  KAEDAH PHYTOBIOFIZIK ( KINISIOLOGI & IRIDOLOGY ),  KAEDAH PERUBATAN TRADISIONAL  DAN
HOMEOPATI.

Perubatan yang bersifat komplimentari ini meliputi rawatan terhadap pelbagai jenis penyakit jasad & penyakit spiritual.

Kelebihan pusat rawatan:

  • Membuat diagnosa tentang penyakit dengan tepat, mesra & cepat meliputi penyakit spiritual, mental, emosional dan fizikal secara saintifik dan Islamik.
  • Aspek psikologi pesakit diberi keutamaan ( pendekatan yang memuaskan ).
  • Membuktikan bahawa pakar perubatan mampu mengesan penyakit tampa diberitahu.
  • Menggunakan ubat-ubatan yang berunsurkan bahan-bahan semulajadi seperti Bunga, Herba & Remedi Homeopati yanh terjamin suci tanpa was-was dan Halal.
  • Menyediakan sessi kaunseling untuk para pesakit, remaja, ibubapa & masalah  rumahtangga.
  • Menyediakan terapi warna peribadi untuk pelajar & semua lapisan umur.
  • Menyediakan perkhidmatan Akubekam dan akupresure (accupressure) untuk pesakit.
  • Bayaran yang berpatutan & boleh dirundingkan.



Selain menawarkan perkhidmatan rawatan bagi orang ramai, AN NASIHAH juga menyediakan
KURSUS PERUBATAN ISLAM KOMPLIMENTERI & SUFI  kepada yang berminat di bawah kendalian dan anjuran bersama SARJANA  enterprise sebuah syarikat Perunding  Profesional


Tempat               :Pusat Rawatan An Nasihah,
                             No. 1683-A, KG CHE BEMA,
                             SG LAYAR,
                             08000 Sg. Petani, Kedah

Tempoh Kursus :Dua Hari.
Yuran Kursus    :RM 1500.00
Anjuran             :Institute Of Complimentary Medicine & Sufism ( ICMAS ) dengan kerjasama Sarjana Enterprise.
                         
JADUAL /TARIKH KURSUS:
NOVEMBER 2011:     26-27 Nov. 2011  (Sabtu dan Ahad)

DISEMBER 2011:       10-11 Dis. 2011 (Sabtu dan Ahad)
                           
                                      24-25 Disember 2011 (Sabtu dan Ahad)
                                      
                                                  02-03 JUN 2012 (Sabtu dan Ahad)

ANDA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI TALIAN BERIKUT :

013-4772232 (Datuk Dr.Nashuha)


JANGAN KETINGGALAN ...ALAMILAH SATU BIDANG ILMU YANG AMAT MENARIK DAN BERMANFAAT ..!!!

Sunday, June 5, 2011

TESTIMONI PARA PESAKIT DI PUSAT RAWATAN AN NASIHAH



TEL  013-4772232

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
SAKIT DAN PERIH BAWA BERTENANG


Assalamualaikum wr.wb.

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi, Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Akhirnya Pusat Rawatan  An Nasihah berjaya mendokumentasikan testimoni dari insan-insan beriman dan budiman yang sudi berkongsi pengalaman semasa dan selepas menjalani rawatan di sini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah memberi kerjasama yang amat bermakna kepada pihak Pusat Rawatan An Nasihah khususnya dan kepada seluruh masyarakat umumnya.

Jika terdapat sebarang kesilapan, kelemahan dan kekurangan saya memohon ampun dan maaf serta bersedia menerima teguran.

Harapan saya selaku hamba Allah yang sentiasa mengharap pimpinan dan petunjukNya, agar usaha yang sedikit ini dapat memberi sumbangan kearah memartabatkan Perubatan Islam ke persada antarabangsa dan menjadi pilihan utama umat dalam member penyelesaian kepada masalah penyakit dan kesihatan. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan, bimbingan dan redho Allah s.w.t. Ameen.

DATUK DR MOHD NASHUHA JAMIDIN



_____________________________________________________________






1.  CIKGU RAMLEE B. MD DESA

Profail  Masalah :
Ketumbuhan di bahagian tengah otak
sebesar syiling 50 sen.
Antara Kesannya ialah beliau  sering  jatuh  pengsan, tubuh  menggeletar dan  hilang keseimbangan badan.


Beliau telah bertemu pakar di hospital konvensional dan pakar menyatakan bahawa pembedahan membawa risiko yang amat tinggi terhadap nyawanya. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk merawat penyakit tersebut dengan kaedah altenatif. Beliau datang ke pusat rawatan An-Nasihah untuk mendapatkan rawatan.

   Rawatan : Setelah dilakukan  imbasan (scanning) maka dapat ditemukan bahawa penyakit beliau mempunyai kaitan juga dengan masalah spiritual. Rawatan yang pertama adalah menghilangkan gangguan spiritual yang terdapat pada beliau. Kemudian rawatan diteruskan dengan  pembedahan makrifat serta laser akbar bersama bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan zikir sufi. Datuk Dr Nashuha juga telah memberikan ramuan tertentu daripada herba-herba untuk mengecutkan dan menghilangkan kesan-kesan tumor otak beliau.

  Kesan : Alhamdulillah. Sehingga sekarang beliau dapat menjalani kehidupan yang normal bersama keluarga tanpa sebarang masalah kesihatan yang mempertaruhkan nyawa beliau. Seratus peratus sembuh.
____________________________________________________________


2.  UST AMINAH
     (50 tahun)
     Guru Sek Men Sg. Pasir.
TEL: 012-5948541
Profail  Masalah :
Menghadapi masalah sakit buah pinggang,darah tinggi dan bengkak lutut serta tidak dibenarkan menunaikan haji pada tahun 2010.

Semasa rawatan:

Dr Nashuha telah membuat scan/imbasan dan mendapati bahawa penyakit itu boleh di rawat dan meyakinkan pesakit bahawa beliau boleh sembuh dan dapat menunaikan haji. Rawatan dijalankan melibatkan pembedahan batin/spiritual...dan ubat-ubat yg sesuai di berikan bersama tea Herba Misai Kucing untuk mencuci buah pinggang.


KEPUTUSAN:
Selepas dirawat, nampak ada penyembuhan dan bila sekali lagi di periksa oleh doktor hospital, didapati buah pinggang beliau telah pulih dan alhamdulillah dan dibolehkan pergi menunaikan fardhu haji...Subhanallah!!!... sehingga sekarang beliau sihat dan boleh bertugas seperti biasa..
__________________________________________________
3.Nurhanisah bt. Mohd. Sofian 
 (3 tahun) – Baling
 Profail  Hiperaktif:  Autisme.

 Ibu bapa Hanisah amat risau akan  
 keadaan anak mereka yang amat 
 Aktif/Hiperaktif dan susah dikawal. 

Rawatan : Hanisah dibawa oleh ibu bapanya ke pusat rawatan An-Nasihah setelah mendapat maklumat daripada seorang kenalan yang pernah mendapatkan rawatan di sini. Kali pertama  rawatan amat menyukarkan Datuk Dr Nashuha dan pembantu untuk  mengawal kanak-kanak istimewa ini kerana keadaannya yang terlalu aktif ke sana dan ke sini. Dr Nashuha telah mengambil langkah untuk menarik aura hiperaktif kanak-kanak tersebut. Kesan daripadanya,  serta merta Hanisah terus menurun darjah keaktifannya. Rawatan diteruskan  dengan aura syifa. Hanisah dibekalkan dengan air izzah dan ubatan An-Nasihah sebagai wadah membantu masalah/penyakit  yang dihidapinya.
 
Kesan : Pada sesi ke-2 dan ke-3 rawatan, kelihatan Hanisah telah banyak berubah. Ini diakui sendiri bapanya dan mereka sekeluarga memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa, Alhamdulillah kini beliau telah berubah menjadi anak yg normal.
 _________________________________________________

Wan Khalil bin Shahruddin
Umur 31 tahun

Profail masalah: Pengamal  ilmu persilatan dan berdamping dengan khadam.

Bermula dari umur 13 tahun beliau amat berminat dengan ilmu persilatan dan telah menemui guru salah satu seni silat yang agak terkenal. Guru tersebut mendakwa bahawa amalan ilmu persilatan ini menggunakan khadam iaitu jin Islam. Setelah beberapa tahun beramal beliau meninggalkan amalan tersebut dan akhirnya membawa masalah. Beliau merasakan amat tidak selesa dengan gangguan tersebut. Lebih parah lagi gangguan tersebut apabila beliau mula belajar perubatan Islam dan berguru  kepada salah seorang pengamal ilmu perubatan Islam yang agak terkenal di Malaysia. Pertembungan tenaga berlaku dalam tubuh badan beliau sehinggalah bertemu dengan salah seorang perawat Pusat Rawatan An-Nasihah dan beliau di nasihatkan hadir ke klinik untuk menjalani rawatan. Pada Febuari 2011 beliau datang untuk menjalani rawatan.

Rawatan: Bemula dari teknik ‘scanning’ dan hasilnya amat mengejutkan. Jin yang mendiami tubuhnya adalah jin Kafir,bukannya Islam. Langkah kedua teknik kunci dan pukau di gunakan seterusnya Jin itu dibuang dan dipenjarakan. Akhirnya Aura syifa dipancarkan untuk keyakinan diri,dan ketenangan. Kemudian beliau diberikan ubatan An-Nasihah sebagai merawat kembali kesan gangguan pada tubuh.

Kesan: Selepas 2 kali hadir rawatan beliau merasakan tubuh kembali ringan dan aman daripada gangguan. Berbekalkan panduan dan petua yang diberikan Datuk Dr Nashuha beliau kembali normal dan amat berminat untuk belajar ilmu perubtan komplementari dan sufi ini.
 _________________________________________________________

PN.HAJRA BAI BT  ALLAD
   TEL       :04-4250362
   UMUR :75 tahun
   Sg. Petani,  Kedah
   Profail penyakit: Kanser Perut
                                                   
 Kerap mengalami demam, perut tidak     
 selesa dan rasa ketat di bahagian abdomen, dan tidak lalu makan. Tubuh badan menjadi kurus. Waris membawa ke sebuah hospital swasta di Pulau Pinang untuk membuat pemeriksaan. Doktor mengesahkan beliau mempunyai ketumbuhan di perut sebesar bola pingpong. Beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan tetapi  Pn Hajra Bai enggan. Akhirnya Pn Hajra dibawa ke klinik rawatan An-Nasihah untuk rawatan penyakitnya.

   Rawatan : Aura syifa’, laser akbar, pembedahan batin, urutan refleksologi dan sesi kaunseling.

   Kesan: Setelah 2 kali menjalani rawatan selama 2 minggu berturut-turut Pn Hajra Bai kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. Beliau pun dibawa sekali lagi ke hospital untuk di imbas ‘scan’ kembali. Alangkah terkejutnya doktor kerana ketumbuhan yang telah dipastikan wujud tidak ada sama sekali. Subhanallah Maha Hebat Allah. Pn Hajra Bai dan keluarga sangat bersyukur atas anugerah Allah ini alhamdulillah.
Beliau amat yakin dengan perubatan Islam Komplimentari Sufi.
________________________________________________________________
Nur Ainsyatul Mimi
13 tahun
(019-4474028)-
Jitra, Kedah.
Profail masalah: Bermula pada Julai 2010 semasa sekolah rendah Mimi terkena gangguan gaguanguaguanguan spiritual iaitu histeria.
Antara simptom  dan tanda-tandanya ialah sering mimpi ngeri saperti bayi hitam, nenek bongkok sakit kepala yang teramat sangat dan lain-lain. Mimi sering marah-marah dan bergaduh dengan adiknya sehingga adiknya merasa sangat takut kepadanya. Kesannya juga ialah pelajarannya merosot dan mimi patah semangat untuk belajar.
 
 Rawatan : Pada hari yang dijanjikan mimi bersama keluarganya hadir ke klinik untuk rawatan. Setelah didiagnose dan memastikan masalahnya datuk Dr. Nashuha mula merawat. Teknik yang pertama ialah mengunci dan  memukau makhluk yang bersarang di tubuhnya. Ini adalah supaya mimi tidak bertindak luar kawalan seperti hysteria, mengamuk dan sebagainya. Setelah itu Mimi dibaringkan atas katil untuk rawatan seterusnya dengan  menggunakan teknik kedua iaitu mengeluarkan jin dan memenjarakannya ke bumi lapis ke tujuh. Selesai sahaja Mimi dirawat dengan memasukkan aura syifa memulihkan semangat serta memagar tubuh Mimi dari anasir luar yang cuba mengawal Mimi. Akhirnya sesi kaunseling dan nasihat beserta ramuan ubatan An-Nasihah bagi merawat kecederaan dan kesan akibat perbuatan jin tersebut. Satu yang penting yang tidak dilupakan ialah mandi limau selama 3 hari untuk memulihkan kesegaran dan menghilangkan saki baki aura jahat dalam tubuh badannya itu.
  
 Kesan : Setelah rawatan Mimi terasa semakin pulih dan sakit kepalanya hilang. Mimi gembira kerana dia dapat memberikan tumpuan yang mendalam kepada pelajaran. Ibunya Pn. Arison menghubungi staf klinik memaklumkan beliau dan keluarga amat gembira dengan perubahan yang amat ketara itu serta mengucapkan syukur dan terima kasih yang tidak terhingga Alhamdulillah.     

_____________________________________________________________
Allahyarham Kalsom bt Mat Piah.
Umur 90 an.
Dulang kecil, Yan
Profail masalah: Saka.
Almarhumah telah terlantar semenjak 4 tahun lebih. Semenjak itulah  juga sudah ramai pengamal perubatan tradisional cuba merawat penyakitnya yang akhirnya tiada sebarang perubahan positif dan waris hampir putus asa untuk melakukan rawatan.

    Rawatan: sebelum setiap rawatan dijalankan sesuatu yang amat penting dilakukan oleh Datuk Dr Nashuha ialah mengimbas (scanning) terhadap jenis penyakit dan yang berkaitan dengannya. Seperti yang dijangkakan Almarhumah ini berhadapan dengan saka yang telah lama menghuni dalam tubuh pesakit. Ada berbagai cerita di sebalik pesakit yang telah terlantar lama ini. Selepas memastikan kawasan tubuh yang menjadi markaz makhluk tersebut. Datuk Dr berkomunikasi dengannya dengan cara batin dan makrifat. Makhluk tersebut enggan keluar akhirnya memaksa Datuk menggunakan kekerasan supaya ia keluar. Menariknya untuk mengeluarkan saka tersebut, bumbung rumah  perlu dibuka. Istimewa teknik rawatan an-Nasihah  ialah membuka bumbung dengan memakrifatkan atau membayangkan bumbung itu dibuka dan saka tersebut diarahkan keluar. Akirnya teknik memagar pesakit digunakan dan Almarhumah tersebut dibekalkan ubatan an-Nasihah.

Kesan: Seminggu sesudah peristiwa kedatangan kami ke rumah pesakit, dengan Izin Allah Almarhumah tersebut telah selamat menghembuskan nafas terakhir.  Waris beliau menarik nafas lega kerana penderitaan Almarhumah tersebut telah berakhir.

______________________________________________________________
Ibrahim bin Shuib, 48 tahun
TEL: 012-4123720  Pulau Pinang.

Profail  Masalah:  Sakit tulang belakang akibat ketumbuhan. Menjalani pembedahan di sebuah hospital pakar.
Profail  Masalah – Sakit tulang belakang akibat ketumbuhan. Menjalani pembedahan di hospital sekali. Selepas pembedahan beliau dapat berjalan  dan  memandu seperti biasa untuk seketika.Tidak berapa lama kemudian kembali lumpuh dari pinggang ke bawah. Setelah temu janji pertama pada 24 disember 2010 beliau datang ke klinik an-Nasihah untuk mendapatkan rawatan. Diagnosa masalah beliau ialah masalah saraf  yang dikatakan agak kronik.

Rawatan- Datuk Dr Nashuha telah menjalani pembedahan makrifat, aura, menggunakan mesin gegaran refleksologi, melakukan fisioterapi,kaunseling dan membekalkan ubatan-ubatan  homeopathy. dan herba.  Selain itu pesakit juga dibekalkan amalan zikir untuk dibuatbagi mengambil tenaga dan fadhilat untuk kesejahteraan.

Kesan – pada akhir rawatan pertama beliau dapat menggerakkan sebahagian jari kaki dan berasa gembira dengan perubahan tersebut. Pada sesi rawatan ke 3 beliau sudah mampu untuk berjalan sendiri walaupun masih perlu berpaut dengan sesuatu. Jika beliau terus beriltizam untuk merawat insyaAllah beliau akan puli sepenuhnya.
 __________________________________________________

Perubatan Islam Komplimenteri sufi memang amat releven dan perlu dimartabatkan kerana kesan yang hebat dan di dokong dgn ayat2 Qur'an, doa serta zikrullah disamping ubat ubat yag suci, bersih tanpa was-was. Ia amat brtanggung jawab dan melihat penyakit secara holistik..



Tuesday, April 12, 2011

SEMINAR PERUBATAN ISLAM (KOMPLEMENTARY SUFI) ANJURAN PUSAT PERUBATAN AN NASIHAH DENGAN KERJASAMA PPIM DAN ICMAS TELAH BERJAYA .






VIDEO BERITA SEKITAR SEMINAR PERUBATAN ISLAM KOMPLEMENTERI SUFI DI IBU NEGARA PADA 9.APRIL 2011, ALHAMDULILLAH...BERJAYA. UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG SAMA-SAMA MENJAYAKAN SEMINAR INI.

. LANJUTAN DARI ITU SATU KURSUS ASAS PERUBATAN ISLAM KOMPLEMENTERI SUFI AKAN DI ADAKAN PADA 4-5 JUN 2011 DI BILIK SEMINAR SEMBANG2 CAFE THE MALL, KUALA LUMPUR. MEREKA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI TALIAN  017-4202863 ATAU  019-3403203

Monday, March 7, 2011

SEMINAR PERUBATAN ISLAM (COMPLEMENTARY SUFI)

“Memartabatkan Perubatan Islam

Komplementari Sufi  & Saintifik,  

Menolak Khurafat, Retorik dan Syirik”


Anjuran
          PUSAT PERUBATAN AN NASIHAH
Dengan Kerjasama
ICMAS
(Institute of Complementary Medicine & Sufism)
Dan
PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

SABTU 9 April, 2011
POTONGAN yuran SEBANYAK 30% AKAN DIBERI KEPADA 100 ORANG PESERTA MENDAFTAR TERAWAL!!!!!

Bertempat di

Dewan SPRM, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia,
 Persiaran Duta, Off Jalan Duta 50480 Kuala Lumpur
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         PENGENALAN
            Perubatan Islam (Komplimentari Sufi) mengetengahkan satu system dan kaedah perubatan yang menjadikan panduan dalam AlQur’an dan Sunnah sebagai landasan. Kecenderungan masyarakat seluruh dunia memilih perubatan alternatif menjadikan perubatan Islam sebagai satu pilihan yang paling tepat kerana sesungguhnya al Qur’an itu diturunkan sebagai penawar dan rahmat. Menyahut cabaran dan ruang yang perlu diisi, maka Pusat Rawatan An Nasihah membuka ruang dan kepakaran yang ada untuk turut bersama memartabatkan Perubatan ini di persada Negara dan antara bangsa.

Objektif

  1. Menangkis dan menjawab persoalan  kekeliruan dalam perubatan Islam.
  1.  Memperjelaskan kaitan rapat antara perubatan Islam dengan fenomena sains.
3.                3.    Menolak amalan syirik dan khurafat dalam amalan perubatan dan kehidupan masyarakat

SASARAN PROGRAM

Golongan Profesional, Pendidik, Pengamal Perubatan,
Pengamal perundangan dan mereka yang berminat.


YURAN PENYERTAAN
RM 490.00 - minum pagi dan makan tengahari  disediakan

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
 29 MAC 2011
Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada:
Amir Onn      (+6016-352 6828 / amironn@gmail.com)
Ust Hafiz               0194179388
Noor Baini           0193403203   
Faizah                   0199130000

Atau hubungi:

BAHAGIAN  RESEARCH AND DEVELOPMENT
PUSAT PERUBATAN AN-NASIHAH
1683 A, KAMPUNG CHE BEMA,
SUNGAI LAYAR,
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH.    Tel: 017  4202863

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA

BERSAMA TOKOH PERUBATAN ISLAM LAIN DI SEMINAR PENGOBATAN ISLAM NUSANTARA
MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM